Tuesday 26 February 2013

Rumpai Laut Pure Marine Collagen

Rumpai Laut ( Pure Marine Collagen ) yang kering. Serbuk putih yang terdapat pada PMC adalah garam yang terhasil daripada proses pengeringan. Ini adalah normal.
So jangan takut bila nampak PMC anda seperti ini. PMC tidak akan buruk dan berkulat selagi disimpan di tempat kering.

Cara Penyediaan dan Pengambilan Rumpai Laut


Nak kurangkan rasa hanyir laut rumpai laut, senang jer. Sebelum rendam rumpai laut, basuh 5-6 kali agar garam-garam yang melekat di rumpai hilang.

Air rendaman juga boleh ditukar dua kali dalam sehari. Selepas rumpai laut kembang, basuh 5-6 kali juga.
Insyaallah, bau hanyir akan hilang :)

Penyediaan Rumpai Laut 
1. Jelly Rumpai Laut

  • Ambil segenggam rumpai laut kering ( Boleh dapat satu jug rumpai laut yang telah kembang).  Basuh rumpai 5-6 kali seperti membasuh beras. Rendam semalaman. 
  • Rumpai Laut yang telah kembang hendaklah dibasuh 5-6 kali. Toskan, dan masukkan ke periuk.
  • Masukkan air yang bersih, agak-agak sehingga 1inci dari permukaan rumpai.
  • Rebus dalam masa 5-10 minit, bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini.
  • Setelah selesai, bolehlah disimpan di peti sejuk agar rumpai laut tidak basi.
  • Rumpai yang telah sejuk akan menjadi seperti jelly.
2. Dicampur dalam minuman/makanan
  • Rumpai yang telah kembang boleh dicampurkan kedalam minuman kegemaran seperti air Lo Han Guo, Lai Chee Kang, ABC, air longan dan sebagainya.
  • Boleh juga dijadikan salad atau kerabu, dimasak sebagai sup

Pengambilan Rumpai Laut
  • Amalkan pengambilan rumpai laut sekurang-kurangnya dua kali sehari. Ambil 2-3 sudu jelly rumpai, hancurkan didalam gelas ( ikut citarasa anda ). Campur jelly dengan air kegemaran anda ( sunquick / sirap/ jus oren ).
  • Minum 2 kali sehari. Pengambilan paling baik adalah sewaktu baru bangun pagi, ketika perut masih kosong. Tahap penyerapan nutrient pada masa ini adalah paling tinggi. ( Pastikan ada gap 1 jam sebelum mengambil sarapan, Elakkan mengambil minuman berkafein/berkarbonat dalam masa 3 jam selepas pengambilan rumpai ) . Sebelum tidur, minum sekali lagi.
  • Boleh juga dimakan sebagai kerabu/ salad atau mengikut cita rasa masing-masing ( Rumpai Laut yang telah kembang tiada rasa ).
  • Jelly Rumpai Laut juga boleh dilumatkan untuk dijadikan masker muka. Sapu ke wajah yang telah dibersihkan dan biar selama 15 minit. Boleh juga dibiarkan semalaman dan basuh esok setelah bangun.

Kebaikan Rumpai Laut



    • Rumpai Laut amat baik diamalkan untuk seisi keluarga terutamanya golongan dewasa dan golongan tua.
    • Kanak-kanak pun boleh amalkan pengambilan rumpai laut tetapi dalam kuantiti yang kecil.

    • Ekstrak Rumpai Laut boleh dijadikan sebagai masker muka atau pun diambil terus samaada diminum atau pun dimakan. 
    • Menyihatkan kulit - kulit lebih halus, luka/parut cepat sembuh, kulit lebih sihat dan berseri
    • Bagus sebagai lawas - Mengurangkan masalah sembelit
    • Mengurangkan masalah susah untuk tidur
    • Bagus untuk sendi-sendi dan tulang - Mengurangkan sakit di lutut dan sendi
    • Mengurangkan tahap kolestrol dan darah tinggi
    • Menguatkan dan menyihatkan rambut

Apa itu Rumpai Laut?





    • Rumpai laut dibiak secara semulajadi di tengah laut tanpa sebarang baja ataupun bahan kimia. Oleh itu, tiada kesan sampingan terhadap pengguna.

Jenis-Jenis Rumpai Laut


Monday 25 February 2013

New Stock! Rumpai Laut Pure Collagen

New ready stock baru sampai! Cepat order sebelum stock habis.
Ready stock in a pack of 100g.
We do sell in a smaller pack 50g and in kilo!

Friday 15 February 2013

Rumpai Laut ( UNGU ) - Area KLANG, SHAH ALAM, ARA DAMANSARA

Rumpai Laut (Ungu), asli dari Semporna, Sabah!

Dijual dalam pek kecil, terutamanya untuk mereka yang baru nak mencuba :

 Pek A :  50g   = RM10
 Pek B :  100g = RM25
 Pek C :  200g = RM40

termasuk kos penghantaran! Atau pun boleh self-pickup untuk mereka di area Klang, Shah Alam dan Ara Damansara.

Berminat? Sila sms <Nama> <No Telefon> < Address>/<Lokasi pick-up> <Jenis Pek & Kuantiti> ke nombor 012-2845447.

100g Rumpai Laut boleh bertahan untuk sebulan ( untuk penggunaan seorang ).