Tuesday 26 February 2013

Cara Penyediaan dan Pengambilan Rumpai Laut


Nak kurangkan rasa hanyir laut rumpai laut, senang jer. Sebelum rendam rumpai laut, basuh 5-6 kali agar garam-garam yang melekat di rumpai hilang.

Air rendaman juga boleh ditukar dua kali dalam sehari. Selepas rumpai laut kembang, basuh 5-6 kali juga.
Insyaallah, bau hanyir akan hilang :)

Penyediaan Rumpai Laut 
1. Jelly Rumpai Laut

  • Ambil segenggam rumpai laut kering ( Boleh dapat satu jug rumpai laut yang telah kembang).  Basuh rumpai 5-6 kali seperti membasuh beras. Rendam semalaman. 
  • Rumpai Laut yang telah kembang hendaklah dibasuh 5-6 kali. Toskan, dan masukkan ke periuk.
  • Masukkan air yang bersih, agak-agak sehingga 1inci dari permukaan rumpai.
  • Rebus dalam masa 5-10 minit, bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini.
  • Setelah selesai, bolehlah disimpan di peti sejuk agar rumpai laut tidak basi.
  • Rumpai yang telah sejuk akan menjadi seperti jelly.
2. Dicampur dalam minuman/makanan
  • Rumpai yang telah kembang boleh dicampurkan kedalam minuman kegemaran seperti air Lo Han Guo, Lai Chee Kang, ABC, air longan dan sebagainya.
  • Boleh juga dijadikan salad atau kerabu, dimasak sebagai sup

Pengambilan Rumpai Laut
  • Amalkan pengambilan rumpai laut sekurang-kurangnya dua kali sehari. Ambil 2-3 sudu jelly rumpai, hancurkan didalam gelas ( ikut citarasa anda ). Campur jelly dengan air kegemaran anda ( sunquick / sirap/ jus oren ).
  • Minum 2 kali sehari. Pengambilan paling baik adalah sewaktu baru bangun pagi, ketika perut masih kosong. Tahap penyerapan nutrient pada masa ini adalah paling tinggi. ( Pastikan ada gap 1 jam sebelum mengambil sarapan, Elakkan mengambil minuman berkafein/berkarbonat dalam masa 3 jam selepas pengambilan rumpai ) . Sebelum tidur, minum sekali lagi.
  • Boleh juga dimakan sebagai kerabu/ salad atau mengikut cita rasa masing-masing ( Rumpai Laut yang telah kembang tiada rasa ).
  • Jelly Rumpai Laut juga boleh dilumatkan untuk dijadikan masker muka. Sapu ke wajah yang telah dibersihkan dan biar selama 15 minit. Boleh juga dibiarkan semalaman dan basuh esok setelah bangun.

No comments:

Post a Comment