Saturday 30 March 2013

Kesan Pengambilan Rumpai Laut

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, normal ke kalau sakit perut, pening kepala, rasa dahag, kering tekak, rasa lapar waktu mula-mula makan rumpai.

Bawah ni kami quote dari website cik Rashidah - http://idarashida.blogspot.com/2013/01/rumpai-laut-pmc-panik-dengan-kesan-awal.html 


Berbalik kepada kisah saya makan rumpai laut asli ibu kolagen ni, mula-mula dalam seminggu okey kecuali cepat lapar dan tekak kering, apabila masuk minggu kedua terasa berdenyut dan menyucuk di bahagian dada.. itu saya sudah ceritakan sebelum ini iaitu disebabkan faktor proses penegangan. Ini saya boleh tahan lagi tetapi bila dalam perut terasa pedih dan menyucuk dan keluar angin banyak menerusi mulut-kadang berterusan beberapa ketika, mulalah terasa risau. Adakah saya ni sudah diserang gastrik? Ini kerana apabila selidik di internet, saya dapati seakan tanda gastrik atau ulser. Disebut bahawa sakit bila perut kosong itu adalah gastrik tetapi apabila sakit perut selepas makan itu adalah ulser. Anda tentu tahu kan yang ulser boleh membawa kepada kanser. Wah bukan main panik lagi saya. Lantas mengambil keputusan untuk berhenti selepas makan sebulan lebih. Saya mengumumkan ini di laman Fb  dengan harapan ada sesiapa yang sudi memberi komen/ulasan. Maklumat testimoni daripada orang lain yang pernah makan sangat perlu untuk memberi keyakinan kepada saya mengenai baik buruk benda ini.

Dalam pada seribu persoalan timbul di benak, mujurlah seorang kawan saya memberi komen pada posting saya itu, katanya eloklah diteruskan makan untuk kebaikan tubuh dan jangan berhenti terus. Menurutnya rumpai laut memberi tindak balas secara biologi ke atas tubuh. Saya kurang faham sebenarnya ayat ini. Lantas saya pm dia dan kami berchatting panjang. Hasilnya saya mendapat maklumat yang sangat penting. Katanya, memang ada kesan tindak balas bila kita makan. Itu adalah perkara biasa. Bila mula rasa tidak selesa bermakna sudah ada kesan positif, kesan tindak balas itu menunjukkan rawatan ke atas bahagian-bahagian tertentu sedang aktif.

“Saya juga mengalami kesan yang sama. Cepat lapar, tekak kering dan selalu dahaga. Bila saya beritahu anak, dia berkata memanglah kalau makan kolagen akan terasa begitu. Anak saya di bidang sains, jadi dia  tahulah..,” ujar kawan saya itu. Jadi katanya, kena minum banyak air. Selepas makan kolagen, minum susu skim atau ambil makanan berserat seperti oat dan buah-buahan untuk mengurangkan rasa cepat lapar atau sakit perut.

Kata kawan itu: “Baru-baru makan dulu saya pun pelik, mengapalah cepat, lapar dan haus, mengapalah perut pedih, menyucuk-nyucuk? Hakikatnya yang sakit pedih-pedih dalam perut itu adalah tidak balas detox, maksud ia sedang bekerja untuk membersihkan segala yang telah tepu dan melekat pada dinding usus kita. Membuang pun jadi lawas. Ada ketika akan keluar ketulan-ketulan bulat kecil warna gelap bersama najis.. itu adalah bahan yang dihakis daripada dinding usus. Ia keluar menerusi najis dalam bentuk begitu. Lama kelamaan, apabila usus sudah bersih, tak rasa sakit perit atau menyucuk-menyucuk lagi,” jelas kawan saya itu.

Bagimanapun dia juga mengingatkan kalau sudah ada kesan positif ke atas tubuh dan kesihatan badan secara keseluruhan, eloklah dikurangkan kekerapan pengambilan. Kalau pada peringkat awal diambil setiap hari pagi dan malam, kurangkan menjadi sekali sehari.. kemudian selang dua atau tiga atau empat hari sekali.

Rupa-rupanya kawan saya itu sudah lama mengambil pemakanan kesihatan yang ajaib ini.  Punca yang menyebabkan dia mengambil kolagen rumpai laut katanya, ialah pada suatu ketika dulu sewaktu mengajar budak-budak bersenam lututnya kaku, hampir dibedah oleh doktor. Namun dia mencari alternatif lain dan seorang kakak memberitahunya agar mengambil pemakanan semula jadi seperti rumpai laut yang dikatakan sangat baik untuk penyakit sendi. Alhamdulillah katanya, kerana rajin makan, lututnya kembali normal dan tidak jadi dibedah. Kerana itu juga dia terus dengan pemakanan rumpai laut jenis pil itu.

“Selain kulit tegang, tak sakit-sakit sendi, lawas membuang dan rasa sihat , rambut pun semakin lebat, macam orang muda. Cepat panjang!” Begitulah ulasan panjang lebar daripada kawan saya itu yang akhirnya meyakinkan saya untuk meneruskan pengambilannya secara yang diajar oleh kawan saya itu. 

Selain itu juga menurutnya, dia juga mengamalkan makan nasi atau sup yang dicampurkan dengan rumpai laut. Budak-budak Tadika di sekolah saya, kebanyakannya Cina.. mereka disediakan makanan nasi dan sup yang dicampurkan rumpai laut dari Jepun, yang warna hijau halus-halus seperti yang kita lihat pada makanan shushi tu.. Sebab itu kulit mereka licin, putih dan halus, tambahnya.

No comments:

Post a Comment