Thursday 16 March 2017

Cara Penyediaan Rumpai Laut

Rumpai laut dah ada, tapi macam mana nak sediakan rumpainya ni? 

Hah jangan risau, kami di SeaweedBah akan mengajar anda bagaimana nak prepare rumpai ni.



Cara Penyediaan Rumpai Laut :

1. Basuh rumpai bersih-bersih seperti membasuh beras. Basuh 4 - 5 kali

2. Rendam rumpai semalaman. Boleh rendam dengan daun pandan sekiranya mahu.

3. Buang air rendaman dan basuh rumpai 4 - 5 kali.

4. Basuh dengan tepung gandum sekiranya masih berbau hanyir.


Sekarang rumpai laut sudah sedia dan boleh dimasak untuk dijadikan jeli atau di campur di air minuman seperti lai chee kang atau pun ABC. Buat kerabu pun sedap juga.




Cara Penyedian Jeli Rumpai Laut :

1. 100 gram rumpai laut direbus dengan 2 - 2.5 liter air kosong.

2. Boleh dicampurkan dengan madu atau pun gula merah. Daun pandan pun boleh.

3. Rebus 30-45 minit dengan api perlahan hingga rumpai laut itu hancur.

4. Masukkan dalam bekas-bekas kecil dan sejukkan di dalam peti sejuk.

Sekiranya ingin membuat mask muka, rebuskan rumpai laut itu sahaja. Masuk madu pun ok juga kan? Madu kan ada khasiat untuk kulit kita.

Jeli rumpai laut ini boleh dicampurkan kedalam minuman dan diambil setiap pagi dan malam untuk mendapatkan khasiatnya. Jangan lupa minum banyak air tau.

Nak guna untuk mask atau scrub pun boleh. Jangan biarkan rumpai tu direbus sampai hancur. Ikut kreativiti masing-masing.


Okay, selamat mencuba ya!


No comments:

Post a Comment